Assalamualaikum...
Hari ni merupakan hari pertama student form 3 merdeka dari PMR. Ini maknanya hari ni juga merupakan hari pertama mereka mengikuti program selepas PMR. Harapan cikgu moga segala aktiviti yang dirancang akan mendapat sambutan.Untuk hari ini rasanya alhamdulillah... semua ambil bahagian walaupun ada yang malu-malu kucing....hehehe mengalahkan kucing siam lagi kekekek. Apa-apapun latihan perlu untuk perbaiki kelemahan. insyaallah lepas-lepas ni harap ada perubahan yang positif.
Tip yang ingin dikongsi bersama:
1.semua orang ada kelebihan
2.semua orang ada kelemahan
3. setiap kelebihan itu perlu digilap agar lebih bermakna
4. utk lebih baik perlu kepada latihan dan usaha yang berterusan.
insyaallah, moga semua anak2 SMKS akan berjaya dimasa hadapan.
Tuesday, 11 October 2011
Sunday, 9 October 2011
tahniiah....
Kepada semua ahli PRS yang telah memberikan sepenuh komitmen untuk pertandingan Merekayasa Bimbingan & Kaunseling, cikgu nak ucapkan terima kasih. Walaupun mungkin tidak semuanya kita dapat tempat, tetapi yang penting adalah penyertaan. Lagi satu cikgu bangga dengan semangat yang ditonjolkan oleh semua, sampai sanggup berkampung di bilik kaunseling. Semoga ukhwah yang terbina akan terus erat antara semua ahli PRS.
Mengharungi hidup dengan penuh makna & bina diri bantu rakan
Mengharungi hidup dengan penuh makna & bina diri bantu rakan
Wednesday, 5 October 2011
KENALI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SELINSING
SMK SELINSING
Sekolah Menengah Kebangsaan Selinsing mula ditubuhkan pada 5 JANUARI 2004 . Mula beroperasi pada 6 JANUARI 2004 dan pengetua pertamanya ialah Puan Hajah Puziah bt Adan yang mula berkhidmat pada tahun 2004 hingga 2006.Caretaker pada masa itu ialah Encik Muhd Fodzi dan Encik Ismadi yang berkhidmat pada tahun 2004 hingga 2011 . Pengetua yang kedua ialah Encik Md Zain b Mat Noor yang berkhidmat pada tahun 2006 hingga 2008 manakala yang ketiga ialah Tuan Haji Muhamad Zaini b Ismail yang berkhidmat pada tahun 2008 hingga 2011 dan pada masa sekarang Tuan Haji Khalim b Ishak merupakan tuan pengetua yang mempunyai misi dan visi yang baru.
VISI SEKOLAH
- KEARAH KECEMERLANGAN
MISI SEKOLAH
- Merealisaikan budaya yang berterusan
- Menyediakan prasarana selengkapnya demi memantapkan iklim P&P yang kondusif
- Memupuk budaya penyayang
- Membina sahsiah pelajar yang positif,responsif dan inovatif
- Memantapkan pengurusan dan kepimpinan yang berkualiti dan berkesan
LAGU SEKOLAH
Tuesday, 4 October 2011
MAKLUMAT GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
NAMA : Hazizun bt Sulaiman
NAMA : Hazizun bt Sulaiman
ASAL : Sungai Siput(U)Perak
KELULUSAN : Bachelor Pendidikan , Bimbingan dan Kaunseling ,
Universiti Putra Malaysia Lantikan guru bimbingan dan
kaunseling sepenuh masa
MOTO : Membantu untuk agama,bangsa dan negara
VISI BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Merupakan satu cabang peneraju dalam mewujudkan suasana trapeutik dan kondusif di SMK Selinsing
MISI BIMBINGAN DAN KAUNSELING
- Menguruskan aktiviti serta program kaunseling dengan cekap dan berkesan
- Sentiasa membantu dan membimbing pelajar dalam akademik,sahsiah dan kerjaya
- membantu melahirkan pelajar yang bermatlamat serta rasional
FALSAFAH BIMBINGAN DAN KAUNSELING
- Setiap individu mempunyai potensi diri
- Setiap individu boleh berubah mengikut perkembangan fizikal,mental,persekitaran dan kemahuan diri
- Setiap individu mempunyai masalah dan setiap masalah pasti mempunyai jalan penyelesaiaannya
- Kaunseling individu
- Kaunseling kelompok
- Bimbingan individu
- Bimbingan kelompok
- Kerjaya
- Pendidikan pencegahan dadah
- Konsultasi ibu bapa
Subscribe to:
Posts (Atom)