Tuesday 11 October 2011

Program Selepas PMR

Assalamualaikum...



Hari ni merupakan hari pertama student form 3 merdeka dari PMR. Ini maknanya hari ni juga merupakan hari pertama mereka mengikuti program selepas PMR. Harapan cikgu moga segala aktiviti yang dirancang akan mendapat sambutan.Untuk hari ini rasanya alhamdulillah... semua ambil bahagian walaupun ada yang malu-malu kucing....hehehe mengalahkan kucing siam lagi kekekek. Apa-apapun latihan perlu untuk perbaiki kelemahan. insyaallah lepas-lepas ni harap ada perubahan yang positif.

Tip yang ingin dikongsi bersama:

1.semua orang ada kelebihan
2.semua orang ada kelemahan
3. setiap kelebihan itu perlu digilap agar lebih bermakna
4. utk lebih baik perlu kepada latihan dan usaha yang berterusan.

insyaallah, moga semua anak2 SMKS akan berjaya dimasa hadapan.

Sunday 9 October 2011

tahniiah....

Kepada semua ahli PRS yang telah memberikan sepenuh komitmen untuk pertandingan Merekayasa Bimbingan & Kaunseling, cikgu nak ucapkan terima kasih. Walaupun mungkin tidak semuanya kita dapat tempat, tetapi yang penting adalah penyertaan. Lagi satu cikgu bangga dengan semangat yang ditonjolkan oleh semua, sampai sanggup berkampung di bilik kaunseling. Semoga ukhwah yang terbina akan terus erat antara semua ahli PRS.

Mengharungi hidup dengan penuh makna & bina diri bantu rakan

Wednesday 5 October 2011

KENALI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SELINSING



SMK SELINSING
Sekolah Menengah Kebangsaan Selinsing mula ditubuhkan pada 5 JANUARI 2004 . Mula beroperasi pada 6 JANUARI 2004 dan pengetua pertamanya ialah Puan Hajah Puziah bt Adan yang mula berkhidmat pada tahun 2004 hingga 2006.Caretaker pada masa itu ialah Encik Muhd Fodzi dan Encik Ismadi yang berkhidmat pada tahun 2004 hingga 2011 . Pengetua yang kedua ialah Encik Md Zain b Mat Noor yang berkhidmat pada tahun 2006 hingga 2008 manakala yang ketiga ialah Tuan Haji Muhamad Zaini b Ismail yang berkhidmat pada tahun 2008 hingga 2011 dan pada masa sekarang Tuan Haji Khalim b Ishak merupakan tuan pengetua yang mempunyai misi dan visi yang baru.

VISI SEKOLAH

  • KEARAH KECEMERLANGAN

MISI SEKOLAH

  • Merealisaikan budaya yang berterusan
  • Menyediakan prasarana selengkapnya demi memantapkan iklim P&P yang kondusif
  • Memupuk budaya penyayang
  • Membina sahsiah pelajar yang positif,responsif dan inovatif
  • Memantapkan pengurusan dan kepimpinan yang berkualiti dan berkesan

  LAGU SEKOLAH


Tuesday 4 October 2011

MAKLUMAT GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING

PROFIL GURU : 

NAMA               : Hazizun bt Sulaiman 
ASAL                 : Sungai Siput(U)Perak 
KELULUSAN    : Bachelor Pendidikan , Bimbingan dan Kaunseling , 
                             Universiti Putra Malaysia Lantikan guru bimbingan dan
                              kaunseling sepenuh masa
MOTO                : Membantu untuk agama,bangsa dan negara


VISI BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Merupakan satu cabang peneraju dalam mewujudkan suasana trapeutik dan kondusif di SMK Selinsing

MISI BIMBINGAN DAN KAUNSELING
  • Menguruskan aktiviti serta program kaunseling dengan cekap dan berkesan
  • Sentiasa membantu dan membimbing pelajar dalam akademik,sahsiah dan kerjaya
  • membantu melahirkan pelajar yang bermatlamat serta rasional
FALSAFAH BIMBINGAN DAN KAUNSELING
  • Setiap individu mempunyai potensi diri
  • Setiap individu boleh berubah mengikut perkembangan fizikal,mental,persekitaran dan kemahuan diri
  • Setiap individu mempunyai masalah dan setiap masalah pasti mempunyai jalan penyelesaiaannya
PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
  1. Kaunseling individu
  2. Kaunseling kelompok
  3. Bimbingan individu
  4. Bimbingan kelompok
  5. Kerjaya
  6. Pendidikan pencegahan dadah
  7. Konsultasi ibu bapa

Friday 30 September 2011

MENGAPA HARUS BELAJAR????

     MUNGKIN ANDA AKAN MENJAWAB BEGINI
"emak suruh belajar"
"saya minat belajar"
"kawan-kawan lain semua belajar, saya pun hendak belajar"
"nanti saya dewasa peluang dapat kerja lenih cerah sebab saya terpelajar."
"cikgu suruh belajar"


" Allah taala suruh belajar." bagi orang islam belajar itu adalah wajib sejak dari dalam buaian higgalah ke liang lahad.dalilnya ayat alquran pertama yang diturunkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w di Gua Hira' ialah "iqra" yang bermaksud bacalah.
majoriti pentafsir alquran membuat rumusan bahawa perkataan "bacalah" itu bermaksud "berlajarlah". maksudnya tuhan mewajibkan kita belajar.
Dalil kedua, apabila seseorang it belajar sudah pasti ia mempunyai ilmu apa yang dipelajarinya. Allah memberitahu kita dalam alquran bahawa orang yang berilmu itu berbeza dengan orang yang tidak berilmu. dan kedudukannya lebih tiggi disisi Allah dan masyarakat.
Dalil ketiga, junjungan besar kita Nabi Muhammad telah menyampaikan dua pesanan yang berhubung dengan menuntut ilmu ini.Pertama sabda baginda,"tuntut ilmu sejak dari dalam buaian hingga ke liang lahad".
Dan lagi satu sabda Nabi yang tersohor bermaksud,"jika kamu berkehendak kepada dunia, maka hendaklah dengan ilmu, jika kamu berkehendakan kepada akhirat maka hendaklah dengan ilmu, dan jika kamu berkehendakan kedua-duanya maka hendaklah dengan ilmu."
Kesimpulannya segala jenis ilmu itu oenting untuk kemajuan hidup manusia di dunia dan di akhirat.tinggal lagi terserah kepada anda, sama ada memilih cara hidup tanpa ilmu atau anda mahu memilih cara hidup sebagai seorang yang berilmu.  

Selamat Datang ke Blog UBKPRS SMK Selinsing..

Unit Bimbingan & Kaunseling SMK Selinsing dan PRS telah melancarkan blog Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Selinsing. Ini selaras dengan perkembangan IT diera sekarang yang memberi kita semua ruang dan peluang untuk berkomunikasi secara maya dengan potensi yang lebih meluas. Berikutan dengan itu, unit Bimbingan & Kaunseling dibawah teraju Cikgu Hazizun (GBKSM) dan barisan PRS tingkatan 4 telah berusaha untuk bersama-sama . Ia ditubuhkan pada tahun 2004 dan beroperasi pada tahun 2005.Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling lebih menitikberatkan bidang bimbingan kerjaya dan pelajaran.


FALSAFAH

bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap,berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek,jasmani,emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.


VISI PERKHIDMATAN

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif di sekolah menjelang tahun 2015.

MISI PERKHIDMATAN

untuk merialisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jaya nya:
  • menguruskan program dan aktiviti bimbingan dan kaunseling dengan cekap dan bekesan.
  • melahirkan murid yang mempunyai kepintaran intelek(IQ), emosi yang tinggi(EQ) dan berakhlak mulia(SQ)
  • membimbing murid ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akedemik.
  • mewujudkan suasana pembelajaran yang memberansangkan melalui program bimbingan dan kaunseling.
  • memberi pendidikan kerjaya bersepadu kepada murid.
  • memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan dalam kalangan murid.

MOTO PERKHIDMATAN


Informasi,Kecemerlangan,Kesejahteraan