"emak suruh belajar"
"saya minat belajar"
"kawan-kawan lain semua belajar, saya pun hendak belajar"
"nanti saya dewasa peluang dapat kerja lenih cerah sebab saya terpelajar."
"cikgu suruh belajar"
" Allah taala suruh belajar." bagi orang islam belajar itu adalah wajib sejak dari dalam buaian higgalah ke liang lahad.dalilnya ayat alquran pertama yang diturunkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w di Gua Hira' ialah "iqra" yang bermaksud bacalah.
majoriti pentafsir alquran membuat rumusan bahawa perkataan "bacalah" itu bermaksud "berlajarlah". maksudnya tuhan mewajibkan kita belajar.
Dalil kedua, apabila seseorang it belajar sudah pasti ia mempunyai ilmu apa yang dipelajarinya. Allah memberitahu kita dalam alquran bahawa orang yang berilmu itu berbeza dengan orang yang tidak berilmu. dan kedudukannya lebih tiggi disisi Allah dan masyarakat.
Dalil ketiga, junjungan besar kita Nabi Muhammad telah menyampaikan dua pesanan yang berhubung dengan menuntut ilmu ini.Pertama sabda baginda,"tuntut ilmu sejak dari dalam buaian hingga ke liang lahad".
Dan lagi satu sabda Nabi yang tersohor bermaksud,"jika kamu berkehendak kepada dunia, maka hendaklah dengan ilmu, jika kamu berkehendakan kepada akhirat maka hendaklah dengan ilmu, dan jika kamu berkehendakan kedua-duanya maka hendaklah dengan ilmu."
Kesimpulannya segala jenis ilmu itu oenting untuk kemajuan hidup manusia di dunia dan di akhirat.tinggal lagi terserah kepada anda, sama ada memilih cara hidup tanpa ilmu atau anda mahu memilih cara hidup sebagai seorang yang berilmu.
No comments:
Post a Comment