Friday 30 September 2011

Selamat Datang ke Blog UBKPRS SMK Selinsing..

Unit Bimbingan & Kaunseling SMK Selinsing dan PRS telah melancarkan blog Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Selinsing. Ini selaras dengan perkembangan IT diera sekarang yang memberi kita semua ruang dan peluang untuk berkomunikasi secara maya dengan potensi yang lebih meluas. Berikutan dengan itu, unit Bimbingan & Kaunseling dibawah teraju Cikgu Hazizun (GBKSM) dan barisan PRS tingkatan 4 telah berusaha untuk bersama-sama . Ia ditubuhkan pada tahun 2004 dan beroperasi pada tahun 2005.Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling lebih menitikberatkan bidang bimbingan kerjaya dan pelajaran.


FALSAFAH

bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap,berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek,jasmani,emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.


VISI PERKHIDMATAN

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif di sekolah menjelang tahun 2015.

MISI PERKHIDMATAN

untuk merialisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jaya nya:
  • menguruskan program dan aktiviti bimbingan dan kaunseling dengan cekap dan bekesan.
  • melahirkan murid yang mempunyai kepintaran intelek(IQ), emosi yang tinggi(EQ) dan berakhlak mulia(SQ)
  • membimbing murid ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akedemik.
  • mewujudkan suasana pembelajaran yang memberansangkan melalui program bimbingan dan kaunseling.
  • memberi pendidikan kerjaya bersepadu kepada murid.
  • memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan dalam kalangan murid.

MOTO PERKHIDMATAN


Informasi,Kecemerlangan,Kesejahteraan

No comments:

Post a Comment